FastLenz | Personnel | Credits | Photos | PITSTOP | Contact Us | PITSTOP Riderz | Fast Find | Activities

ACTIVITIES


KONVOI TAKDEPEKDAH - Konvoi Sulung FastRiders

Konvoi ini adalah satu aktiviti pertama founding members of FastRiders. Sebenarnya, konvoi ni adalah konvoi pegi bayar saman...hehehe...

Halim, owner TZ kuning tuh, beli motor seken hen. Lepas tuh tak tukar nama lak tuh. Bila tiba masa nak tukar road tax, tetau jer, kena black list pasal owner asal kena saman dan tak bayar dah bertahun dah...siap warran tangkap lagi!

Memacam cara dia buat, jumpa sana sini, semua tak leh setel. Entah camana, satu hari terpacul mende ni dari mulut dia depan Norrick. Norrick pun bawak dia pegi Trafik Jln Bandar, dan keputusannya, kena gak pegi tempat owner tu kena saman, iaitu Temerloh, Pahang.

Memandangkan Halim pun tak pernah pegi Pantai Timur, we decided konvoi berdua. Masa nih, Norrick punya moto (itam & putih)belum modified apa-apa kecuali wind screen "motogp" aje..hehehe. Maka, berangkat ler dua sahabat ke Pahang pukul 8 pagi.

REHAT SEBENTAR DI TEPI KARAK

Gambo menunjukkan kami berenti kat tepi jalan pekan Karak dan motor bergambo jap depan warung makcik tuh...Ketika ini, kami berhenti pasal perut masing-masing dah berdangdut sepanjang jalan di Hiway Karak. Agaknya, melalui korner atas tanah tinggi, disamping melihat keindahan ciptaan Tuhan, tekanan udara di tempat tinggi, menekan perut yang tak diisi apa-apa pun sejak bangun tido pagi tadi...

MOTO NORRICK NGAN HALIM

Selang satu setengah jam, kami tiba di Temerloh. Terus aje ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh. Sebaik saja kami masuk dan tunjuk surat saman, anggota polis yang bertugas di tempat pertanyaan tu, tetiba jer mengarahkan kami ke Mentakab, sebab Ibu Pejabat Daerah Polis Trafik Temerloh, terletak di Mentakab. Leceh betul, belum citer abis lagi,dah buat keputusan...Tak apa lah, terus aje kami ke Mentakab yang terletak lebih kurang 10km dari bandar Temerloh. Nasib baik gak Norrick pernah tinggal di Pahang selama 3 tahun. Boley gak lenjan jalan walaupun ingat-ingat lupa.

MOTO HALIM BUAT HAL PULAK...
Sampai kat Mentakab, motor si Halim buat hal plak...tetiba lost power..carik kedai motor sikit punya seksa ke..semua macam join venture dengan kedai basikal. Sebelah kiri dinding jual/repair motor, sebelah kanan dinding jual basikal. Rasa tak konfiden pun ada gak. Tapi dah emergency, hantar ler jugak kat satu pomen nih. Ushar punya ushar, rupanya gigi controller(servo) PV dah patah...so dia pun tukar ler. Kena lebih $98! Terkejut kitaorang. Kat KL baru $20-30! Lepas tuh, ada mamat Indon datang tukar tayar TZM dia. Okay gak mamat nih...dia pun berborak dgn kitaorang. Dia kata kat area sini, tukar PV patah kena $200 lebih!!! Mak aihh...seram bulu tengkuk kitaorang kat kedai pomen tuh...
HOTEL LONDON BEB !
 Gambar kiri ni plak, kami amik kat pekan Mentakab. Sedang mencarik-carik mana Ibu Pejabat Polis Trafik, ternampak plak "Hotel London" nih. Menarik gak....nak carik Mentakab, jumpa London! Hahahaha...tu yang amik gamba kenangan depan Hotel nih...

 

RUMAH PASUNG !
Ini ler rupa Ibu Pejabat Daerah Polis Trafik Temerloh di Mentakab. Masih menggunakan rumah kayu. Teringat citer Melayu lama, rumah cam gini dipanggil "Rumah Pasung". Camana pun, kami masuk dan mula menceritakan masalah siHalim tuh. Borak punya borak, last-last keputusannya, Halim kena bayar gak...nak buat camana? Takkan nak jalan tak ada roadtax? Owner asal entah mana ghaib entah..Maka si Halim pun dengan berat hati keluar duit $300 utk bayar saman pasal orang lain. Tetiba Halim yg tadinya kat kaunter bayar saman, gamit-gamit Norrick. Terperanjat gak..ingatkan tak cukup sen ke apa ke...rupanya, saman tersebut dah dibayar dalam 3 minggu yang lepas oleh owner asal TZm tuh. Laaa...punye ler lega hati kitaorang...hahaha...last-last rupanya konvoi pegi Temerloh ni takdepekdah.
BEAUTY AND THE BEAST
Lepas semayang Jumaat, lepas makan tengahari, kami bertolak kembali ke KL. So, oleh kerana banyak masa terluang, kami banyak singgah tengah jalan. Ini adalah ketika di Tol Bentong, sebelum naik ke Bukit Tinggi. Cun tak? Macam kat oversea plak ek? Hahaha
BEST KALO MASUK TREK NIH... ADA BRANI?
Tengah-tengah syok belasah korner, aleh-aleh terjumpa spot amik gamba yg agak cun. Kat Perhentian Lentang. Tapi kat sini banyak kereta berenti plak, so kami terus sikit kat depan. Bila terjumpa kawasan rehat tepi hiway, kami terus stop kat situ dan amik pemandangan poskad nih..hehehe...macam kat Pergunungan Alps plak...maklumlah tadi kat "London"...
NI LAH DIA ABANG HALIM
Tu gamba Halim bergamba kaat TZ kuning tu kena paksa tuh...cadangan awal kami, kali ni, sebarang gamba yg diambil hanya gamba moto aje...tuannya tak yah laa..tapi memandangkan ni trip pertama Halim ke Pantai Timur (walaupun hanya sampai Temerloh), dan inilah gamba pertama Halim dengan bikenya yang dah dimodified.

Kami teruskan perjalanan balik ke KL. Tengah jalan, ketika menghampiri Kawasan Rehat Genting Sempah, ujan tetiba turun dgn sangat lebat...abis semua basah...kami sempat pakai baju ujan aje, seluar dah tak sempat dah...abis basah lencun sampai seluar dalam. Dalam but Norrick pun boley ternak ikan air tawar...

Camana pun, kami selamat sampai KL dan berpisah utk pulang ke rumah masing-masing. Gituler adanye citer konvoi takdepekdah kami.

Kalau korang ada citer-citer menarik cam ginih, antar ler kat FastLenz Motorsports News Agency. Email aje kat: fast_lenz@yahoo.com.

Citer korang jangan ler skema sangat...citer ler dengan bahasa pasar atau bahasa yg biasa digunakan ari-ari...lagi pun kita semua bikers kan?

Membership FastRiders masih lagi open utk korang yg dah modified/upgrade moto korang...cepat sikit mendaftar, boley ler arrange aktiviti...

BACK