FastLenz | Personnel | Credits | Photos | PITSTOP | Contact Us | PITSTOP Riderz | Fast Find | Activities

ACTIVITIES

MASALAH PV TZm

Inilah sebahagian artikel yg aku nak antar kat Roda2 bulan depan tapi tak tau lah keluar ke tak pasal dah dua kali aku antar takut diorang boring plak ..sorrylah pasal aku tak sempat nak modified isi dalamnya..korang mesti cuba pas tu kalau korang ada apa2 nak tanya pasal tips nie korang boleh email aku (d2fumi@hotmail.com) tak pun bagitau jelah kat message room nie …kalau korang dah buat bagi tau lah pasal aku nak tau gak korang punya respon macam mana….

Ramai yang meminta disiarkan ilustrasi untuk memasukkan lapisan aluminium kedalam bush dan saya telah menyiapkan ilustrasi tersebut untuk panduan . Setelah dikeluarkan bush dari power valve:-

1) Masukkan dahulu lapisan aluminium yang telah digunting mengikut saiz longkang O-Ring dan masukkannya kedalam longkang O-Ring tersebut.

2) Kemudian masukkan O-Ring kedalam longkang O-Ring (menindih aluminium) dan pasang semula pada power valve. Pastikan kedua-dua penghujung aluminium yang telah digunting bertemu tetapi tidak bertindih apabila diletakkan kedalam longkang O-Ring. Bilangan lapisan aluminium bergantung kepada kehausan blok enjin, tambah lapisan aluminium jika bush yg telah dimasukkan kedalam enjin masih longgar atau minyak masih keluar. Jangan terlalu ketat kerana ia akan mempercepatkan kehausan pada O-Ring.


Untuk hasil yang lebih baik, adalah lebih baik jika dibelikan bush dan O-Ring baru yang original. Mungkin ramai yang ragu-ragu pada ketahanan aluminium foil didalam enjin tetapi sebenarnya ia cukup tahan untuk menahan haba kerana aluminium itu sendiri memang direka tahan panas ditambah lagi dengan O-Ring yang berada diatasnya maka aluminium tersebut tidak menerima haba secara terus dari kebuk.
Baru-baru ini saya ada memeriksa aluminium yang saya cuba pada motor saya, tiada kesan terbakar atau cair pada aluminium tersebut jadi terpulanglah kepada saudara-saudara untuk mencubanya.

Alhamdulillah setelah lebih kurang 5 bulan saya mencuba, enjin saya masih belum menunjukkan ia akan leaking.

JDX 6725

<< BACK